4u.net/smiley/smi-3/smi297.cur), progress;}

Tuesday 29 October 2013

Taubat seorang hamba (+playlist)



Moga memberi kesedaran buat diri kita..

Terimalah..Terimalah..Terimalah taubat ku ini ..

Friday 27 September 2013

02. Aurat Wanita - Ustaz Kazim Elias

9 karakter seorang wanita yang ada dalam neraka .

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis.Kami bertanya kepada beliau,"Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di isra'kan ke langit,daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis.Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat ?" Baginda bersabda:

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan  ke kerongkongnya.
3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4.Wanita yang digantung ,diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6.Wanita yang memotong badannya dengan gunting dari neraka.
7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8.Wanitayang tuli,buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya(hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata: "Wahai ayahku,cahayamata kesayanganku....
ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan yang dilakukan oleh wanita-wanita itu.?
Rasulullah s.a.w bersabda.:"Wahai Fatimah adapun :

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya  kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya melalui dengan kata-kata
Kemudian Nabi s.a.w bersabda:Tidak seorang wanita menyakiti hati suaminya melalui kata kata kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70zira' kemudiaan akan mengikatnya di belakang lehernya.
3.Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain ,serta suka berbicara keaiban orang .
6.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri(ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7.Adapun wanita yang diika kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan orang)serta berdusta.
9.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

*ingatan buat kaum hawa serta diri ini juga*